Penjagaan gigi


  10 TIPS PENJAGAAN GIGI KANAK-KANAK 

1. Kawal pemakanan keluarga dengan memastikan anak anda mendapat makanan yang berkhasiat. Kawal pemakanan yang tinggi kandungan gula ringkas seperti kek, aiskrim, coklat atau gula-gula.

2. Jangan biasakan anak anda meminum minuman manis menggunakan botol sebaliknya ajari mereka minum di dalam gelas kesukaannya.

3. Jangan tidurkan anak anda dengan memberikan botol yang berisi minuman manis. Ini kerana air manis tersebut berkumpul di ruang belakan gigi atas untuk tempoh yang lama dan ini meningkatkan risiko anak anda mendapat karies gigi.

4. Biasakan anak anda minum air putih, buah-buahan dan sayur-sayuran. Kreatif dalam kaedah pemakanan.

5. Berus gigi bersama anak anda 2 kali sehari iaitu pada awal pagi dan sebelum tidur.

6. Gunakan berus gigi yang yang bersaiz kepala kecil untuk memudahkan anak anda memberus. Gunakan jenis berus “soft”, bukan “medium” atau “hard” untuk mengelakkan luka pada gusi.

7. Gunakan ubat gigi kanak-kanak untuk anak-anak anda yang berusia antara 2-6 tahun. Selepas 6 tahun anda boleh mula berikan anak anda menggunakan ubat gigi dewasa.

8. Membuat pemeriksaan kesihatan gigi 2 kali setahun untuk mendapatkan rawatan pencegahan

9. Gunakan kaedah “positive reward” dalam anda menghargai anak anda dalam menjaga kesihatan giginya. Berikan kata-kata yang baik seperti “ibu suka lihat gigi awak yang bersih”.


* Terima kasih atas kedatangan pihak kesihatan dari bidang pergigian ke Taska  untuk perkongsian tentang kebersihan dan pemeriksaan gigi. Seronok anak-anak dapat tengok gigi besar (palsu)...

No comments:

Post a Comment